http://www.nabilchekholid.com/soalan-teka-teki-lawak-pecah-perut-dan-jawapan/

Teka teki lawak dan jawapan

Teka teki lawak dan jawapan

1.Sebab apa siput babi jalan perlahan?

Jawapan : Sebab semasa berjalan, asyik berfikir sama ada dia siput ataupun babi.

2. Dalam banyak2 kuda, kuda apa yang tiada kaki?

Jawapan : Kuda Kepang

3. Apakah dia bila masuk, dia keras dan bila keluar, ia lembik?

Jawapan : Stokin

Apa yang banyak2 kereta, kereta apayang orang tak panggil kereta?

Jawapan : Teksi

4. Dalam banyak2 burung, burung apa yang boleh berdiri, boleh baring tetapi tak boleh duduk?

Jawapan : Penguin

http://www.nabilchekholid.com/soalan-teka-teki-lawak-pecah-perut-dan-jawapan/

Teka teki lawak dan jawapan

5. Bila gajah jadi ayam, singa jadi ayam dan kambing jadi ayam maka ayam jadi apa?

Jawapan : Ayam jadi banyakla.  Hehe

6 . Ianya tiada kepala, ada leher, ada tangan, tiada jari, ada badan, tiada kaki?

Jawapan : Baju

7. Benda apa yang bila masuk segitiga bila kluar bergulung-gulung

Jawapan : Bila tengah tanggal spender

8. Bila kita nak ambil susah. Bila kita sudah dapat kita buang sahaja. Apakah itu?

Jawapan : Tahi Hidung

Teka teki lawak dan jawapan

9. Ada 3 orang budak yang bernama Ali, Hashim dan Amin. Terdapat pokok rambutan yang hanya ada sebiji sahaja. Berhampiran dengan pokok tersebut, ada masjid dan terdapat orang di dalamnya. Siapakah yang akan dapat buah rambutan tersebut sama ada Ali, Hashim atau Amin?

Jawapan : Ali kerana Amin telah pergi ke masjid apabila terdengar suara orang memanggilnya ketika habis berdoa iaitu dengan perkataan “Amin”… Hashim pula kerana ada orang bersin di masjid tersebut. Hashim ingat orang memanggil namanya. Jadi Hashim pun turut ke masjid. Oleh itu, tinggallah Ali keseorangan dan mengambil buah rambutan tersebut.

10. Kenapa bangau berdiri angkat sebelah kaki?

Jawapan : Kalau dia angkat dua-dua belah kaki macam mana dia hendak berdiri.

11. Wujud di hujung dunia, duduk di tengah orang, lebih pada nama kurang pada rupa, kecil di China besar di Arab, ada di sana tiada di sini, ada besar tiada kecil, dua di atas dua di bawah, dua di kanan tiada di kiri, satu pada emak dua pada ayah, ada dekat ayam tiada pada itik, tidak dirindu tapi lebih pada sayang… Apakah dia?

Jawapan : Huruf A

Teka teki lawak dan jawapan

12. Gajah lalu titi patah, selepas itu kambing pula lalu.. Apa yang patah pula?

Jawapan : Kambing patah balik la

Kata Kunci : teka teki susahteka teki dan jawapanjawapan teka tekisoalan teka tekiteka teki paling susah